Sunday, 16 February 2014

Hebatnya Qalam Allah....Subhanaallah


AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR
Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.
CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR
Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya.

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.

- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.

- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.

- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.

- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

Selain dari penyakit yang disebut di atas, saya dapati penyakit seperti SLE, sejenis penyakit buah pinggang (nephronic syndrome, penyakit kulit (psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan sakit tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran..

Sedekah Benteng Gangguan Syaitan

Pada zaman Nabi Sulaimain a.s ada seekor burung helang datang mengadu Nabi Sulaiman a.s untuk mengadu nasib malangnya  dgn berkata:"Saya telah menetaskan anak dalam sarang sy di atas sepohon pokok kepunyaan sifulan,tapi malangnya dia telah mengambil anak sy itu".Maka Nabi Sulaiman a.s telah memanggil pemilik pokok tersebut lalu melarangnya daripada melakukan kesalahan tersebut.Dalam masa yg sama Nabi Sulaiman a.s berkata kepada dua syaitan:"Kamu berdua sy perintahkan jika pada tahun hadapan org ini mengambil lagi anak burung helang ini,maka tangkaplah dia dan potong menjadi dua,serta lemparkan sebahagian ke timur dan sebahagian ke darat."
   Apabila setahun telah berlalu,pemilik pohon itu telah lupe akan janjinya dgn Nabi Sulaiman a.s.Hatinya begitu tertarik dgn anak-anak helang yang baru menetas di atas pohon keupanyaannya.Dia berhasrat  mengambil anak helang itu untuk dibela .Kebutulan sebelum memanjat pohon untuk mengambil anak helang itu ,pemilik pohon itu telah bersedekah roti kepada org miskin.Apabila hal tersebut di adukan oleh ibu helang kepada Nabi Sulaiman a.s maka Nabi segera memanggil dua syaitan yang telah diperintahkankan memantau kegiatan lelaki pemilik pohon tersebut.
  Nabi Sulaiman a.s bertanya:"Mengapa kamu tidak laksanakan apa yg telah aku perintahkan?"Kedua syaitan itu menjawab:"Wahai khalifah Allah,sesungguhnya ketika pemilik pohon itu sedang memanjat untuk mengambil anak helang, kami sudah sepakat akan menagkapnya.Akan tetapi sebelum memanjat pokok itu,ia telah menderma sebuku roti kepada seorang muslim yg miskin,sehingga Allah s.w.t telah mengutus kepadanya dua malaikat yg telah menangkap kami berdua dan melemparkan kami;sy dilempar ke timur dan kwn sy ini dilempar ke barat dan maksud buruk kami ditolaknya dengan sebab berkat dermanya.
                          

Friday, 14 February 2014

Kesilapan Wanita Tentang Aurat



Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?.

Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : 
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja..
~yang ny memang kebanyakan orang buat..pakai tudung, tapi setakat pakai jer laaa...tutup ke tak, tu lain citer kan..... 

KESALAHAN KEDUA : 
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
~ amboi, cantiknya lengan...putihnya tangan awak...

KESALAHAN KETIGA : 
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
~ yang ni fesyen time raya biasanya.... al-maklum lah, ni lah masanya nak bergaya sakan.....

KESALAHAN KEEMPAT : 
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
~ aduhhh......tak rase something ke...sebelum keluar, tengok dulu cermin... bukan cermin kecik... lagi bagus kalau cermin yang besar gedabak tuh....nampak full dari hujung kepala sampai la ke hujung kaki.... agak-agak, ada tak shape yang errrrrrr.....korang fikir lah sendiri....

KESALAHAN KELIMA : 
Bertudung tetapi amat longgar dan singkat lalu menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
~ mentang-mentang panjang...jangan laa buat free show pulak...

KESALAHAN KEENAM : 
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
~ mengapakah begitu?? ingat laaaa... Dia Maha Mengetahui...

KESALAHAN KETUJUH : 
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
~ yang ni mostly budak-budak sekolah..muda2 remaja....contoh event : hari sukan..ok laaa...saya tau awak tu atlet...tapi, why?? is it necessary?

KESALAHAN KELAPAN : 
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
~ leh pakai yang tebal sikit kan...sekarang nie pun mudah jer nak dapat inner tudung...bukan mahal sangat pun..topup tiap-tiap minggu boleh beli takkan ni sebulan sekali pun tak boleh kottt...



:: Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. 
Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." 
(an-Nur: 31)

p/s: aku pun manusia biasa.banyak melakukan kesilapan.harap aku menjadi muslimah yang lebih baik. =(

Air Mata Rasulullah SAW



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. 

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. 

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.

Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. 
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita...


jom kita berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w..

Wednesday, 15 January 2014

Salam Ukhwah buat semua rakan-rakan yang mengenali diri ini..

Saya Fatin Nadhirah Binti Mohd Zaidi Amin,sekarang saya sambung study dekat Politeknik Kota Bharu.Nak di katakan cerita lah kan masa panggilan dari Poli kemasukan sesi Jun saya dah dapat tapi saya tak datang sebabnya saya tidak berminat dengan kos yang ditawarkan..huhuhhu..Sampaikan ramai yang tertanya-tanya kenapa saya tidak mahu sambung belajar..?Terutamanya my parents,ramai yang memujuk saya supaya saya sambung belajar..Setelah beberapa bulan kemudian saya mendapat tahu yang saya akan dapat masuk Poli Pkb sesi Disember..

Tapi kan masa first time datang Poli ni,memang tak kenal siapa-siapa rasa macam nak balik rumah tak nak datang dah..Nasib baik lah datang sini dapat roomate yang sporting boleh lah kongsi-kongsi cerita...Roomate saya nama Katy,tapi kita orang dari kos yang berbeza Katy Diploma Kejuruteraan Elektronik Komunikasi manakala saya pula Diploma Akauntansi..

Habis sudah cerita roomate saya,now cerita Kelas DAT1C!!!!!
First time saya masuk kelas DAT1C first orang yang saya jumpa adalah aisyah dikenali sebagai 'ecah', dengan dia lah saya first bertegur sapa..Ecah ni seorang yang sporting,baik, dan dia lah kawan yang saya paling rapat...Sampailah kita orang berjumpa dengan Shima dan Diana kita orang berkawan baik...Boleh dikatakan kita orang ni macam geng lah...huhuuhuhu...!!!! Kalau nak di ceritakan suasana kelas DAT1C mula-mula dulu dengan sekarang memang berbeza sangat lah...First dulu,bercakap macam duduk dalam selimut semuanya students...Tapi sekarang dah berubah dah suasana kelas DAT1C menjadi semakin riuh dan saling mengenali antara satu sama lain....Tak ada dah senyap-senyap ni,..Bagaikan konsert
 dah....hahahaha.....Kalau nak diceritakan banyak lagi tapi setakat ni dulu lah saya cerita...Jangan marah ya semua....:-) :-) heheehehehe...

Hope Happy You All !!!!!!