Di manakah kesilapan penutupan aurat
wanita hari ini ?.
Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA :
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja..
~yang ny memang kebanyakan orang
buat..pakai tudung, tapi setakat pakai jer laaa...tutup ke tak, tu lain citer
kan.....
KESALAHAN KEDUA :
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan
pendek.
~ amboi,
cantiknya lengan...putihnya tangan awak...
KESALAHAN KETIGA :
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah
kainnya.
~ yang
ni fesyen time raya biasanya.... al-maklum lah, ni lah masanya nak bergaya
sakan.....
KESALAHAN KEEMPAT :
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit
dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
~ aduhhh......tak
rase something ke...sebelum keluar, tengok dulu cermin... bukan cermin kecik...
lagi bagus kalau cermin yang besar gedabak tuh....nampak full dari hujung
kepala sampai la ke hujung kaki.... agak-agak, ada tak shape yang
errrrrrr.....korang fikir lah sendiri....
KESALAHAN KELIMA
:
Bertudung tetapi amat longgar dan singkat
lalu menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
~ mentang-mentang
panjang...jangan laa buat free show pulak...
KESALAHAN KEENAM :
Bertudung tetapi hanya memakainya di
pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
~ mengapakah
begitu?? ingat laaaa... Dia Maha Mengetahui...
KESALAHAN KETUJUH :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke
belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
~ yang
ni mostly budak-budak sekolah..muda2 remaja....contoh event : hari sukan..ok
laaa...saya tau awak tu atlet...tapi, why?? is it necessary?
KESALAHAN KELAPAN :
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat
nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
~ leh
pakai yang tebal sikit kan...sekarang nie pun mudah jer nak dapat inner
tudung...bukan mahal sangat pun..topup tiap-tiap minggu boleh beli takkan ni
sebulan sekali pun tak boleh kottt...
:: Sebahagian wanita menyangka bahawa
tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama
sekali.
Asasnya adalah dari firman Allah SWT:
ertinya :
"Hendaknya mereka
itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN
AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."
(an-Nur: 31)
p/s: aku pun manusia
biasa.banyak melakukan kesilapan.harap aku menjadi muslimah yang lebih baik. =(











No comments:
Post a Comment